Tuesday, June 02, 2009

..apekah bronchiotis?...

alkisahnya sebelum Aira admitted kt SDMC tuh..saye dah p check up kat klinik biasa 2x.. batuk masih belum berkurangan.. kahak mcm bunyi lagi banyak..so Doc klinik biasa advice suh refer ke specialist.. specialist mana ktorang nk tuju nih... SDMC ke PPUM ke Sunway medical ke... call my colleague tanya kampeni cover spital mana and apa prosedur suma.. so mama buat keputusan pegi SDMC jek..

pegi SDMC register ngan penuh suspen... then Dr. Ali Azman check .. terus dia cakap
"very very bad".. i have to admitted ur daughter nih.. ade sesape athma dlm family..
mama: xde.. husband pun ckp xde...
Doc: resdung?
mama: resdung ade la.. abah saya dulu resdung..skang dah x..
dOC: Kahak dia dah banyak sangat.. around lung.. and dengar sangat ketat.. so better kta buat fisio dengan suction n neb dia la..
then doctor suh pi buat neb kat bilik rawatan A..dia bagi tau Airar nih bronchiotis peringkat awal..insyaallah bleh baik cepat.. so settle admission suma then baru masuk wad.. wad kanak kanak full house... so ktorang dpt wad biase .. single room n mama bleh tumpang tdo ngn aira.. :P

after 2 days Aira getting better.. Doc pun happy ngan pekembangan Aira.. tp still nak pantau keadaan dia.. then dah hari ke 4 Doc bagi green light Aira bleh balik.. ALhamdulillah.. skang Aira getting better...


yang syoknya skang dia pandai plak belakon.. amik mask untuk neb dia tuh buh kat idung... then buat2 nafas...tak pun amik penutup botol susu.. then belakon kena neb.. heeehee nakal sungguh anak mama nih..

since saya pun curios..apa benda la bronchiotis nih..slalu dengar tp tak berapa nak jelas... google sat apakah bronchiotis...banyak laa info saye tgk dlm intenet nih.. pasal apa tu bronchitis cara pencegahan dan rawatan.. secara ringkasnya...
Penyakit Bronkitis atau Bronchiolitis adalah penyakit yang sering berlaku dikalangan kanak-kanak berusia dibawah setahun. Untuk pengetahuan , penyakit ini selalunya disebabkan oleh jangkitan virus.
Walau bagaimanapun, penyakit ini tidak selalunya berulang. Dalam masa yang sama, kanak-kanak juga boleh dijangkiti virus yang boleh menyebabkan wheezing seperti bronchitis. Keadaan seperti ini dikenali sebagai Viral Induced Wheezing. Jika ada sejarah keluarga yang menghidap lelah, paru-paru anak akan jadi lebih sensitif dan lebih mudah menghadapi masalah ini.
Jika anak-anak dijaga di pusat asuhan harian atau nurseri mereka akan lebih mudah dijangkiti masalah ini. Oleh yang demikian anak anda hendaklah menjauhi persekitaran yang berhabuk. Ini bermakna mereka tidak boleh dekat dengan permaidani kerana permaidani mengumpul habuk. Anda juga perlu menjauhkan anak anda daripada perokok.Selain dari itu, untuk mengelakkan anak daripada mengalami masalah bronchitis atau bronchiotis janganlah sesekali menyimpan haiwan peliharaan seperti kucing di dalam rumah. ....

ps:nasib baik saya xsuka meoww.... tp umah saya ade carpet kecik aje..better tukar carpet tu dgn tikar buluh la kan..hurmm... bytheway... saya kena start operasi mengemas dah ni sbb we need to moooveeeeee......... another new house... PUJ 7 plak.. mcm tingin nak beli umah tu jugak sbb very nice...double story jugak..suma dah tile and besar sket dr umah skang.. nnt sya update issue kami kena pindah!!

6 comments:

Elyn said...

thanks ngan info ni.... makin cerdik la aira lps baik ni heheheh

e.l.i.s.s.m.i.e said...

tikar buluh lama2 dier keluar macam debu gituh..x elok jugak..try beli tilam yang nipis2 tu...

mzrh said...

aira ada bakat drama queen.. thehehe...

eiNa said...

elyn: aminnnnnn...

elis: tlam yang nipis2 mcm toto la ek.. ok nnt letak toto jek kasi dia main atas tu..

mazrah: hehee..mmg drama queen especially tima nak makan ubat gak..

Jiey^Mien said...

my hubby dulu, masa i tgh pregnant kan ian, dah dekat2 nk deliver dah, kena acute bronchitis.. lima hari gak la dok spital.. bukan kata baby, org tua pun leh kena.. :P

Salina Inzaghi said...

wah! bestnyer nk pindah umah..moga2 tercapai hasrat membeli tu ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails