Friday, November 26, 2010

sakit hati!!

memang sakit hati baca nih.. bab* punya perompak..
kampung subang tu aku tau la macam mana keadaannya.. dulu kak lang tinggal situ betahun..aku pun penah menumpang kasih kat umah kak lang masa ngan MAS tuh..

-----------
source: hmetro

Diperkosa perompak

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.
“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Thursday, November 25, 2010

daddy korang boleh? daddy aira bolehhh!!

haaa daddy pun naik menatang nih ..
maklumlaa dulu2 tak de menatang ni kan..
skang ni aira naik keta nih daddy pun menyibuk ..

ps: kalau korang malu dak weh? kihkihkihhh...... 

Wednesday, November 24, 2010

terima nikahnya....

salah satu sebab kami gamble balik minggu lepas jugak sebab adik enche Dmin nikah..
tu la kan, sebab plan berubah2 kami gamble balik malam raya jugak..ingat kalau balik pun, nak balik malam khamis tuh jek.. sebab cuti kan sehari..kena la manfaatkan cuti yang sehari itu...tpi memandangkan kalau aku p keja pun setakat nak buang masa 8 jam duk guyang kaki ngadap intenet, baik aku cuti (sendiri declare) ajek...
ok, continue dengan cita asal.. ialah nikahnya si Hairi Affendy adik kepada Adzmi Idham dengan pasangannya Izni Yusrina petang jumaat lepas Asar...
amik kau..sekali 4  pasangan menanti tok kadi..nasib baik kami pasangan petama sampai..makanya, mereka la dinikahkan dulu...

1st  time jugak aku jadik "tukang sibuk" dalam majlis.. ye la kan, adik2 ipar aku lagi 2 org xdapat cuti shidae ngan min.. so, aku jadi org kuat la.(kuatla sangat kan..).. tukang angkat dulang hantaran mas kahwin..

jumla tengok gambar yang tak severapa nih... belum boleh jadi photoG la dd nehh..

 me n aira.. 
tudung adalah instant sebab lupa bawak balik tudung, tepaksala cari tudung yang besesuaian..

 
."aku terima nikahnya............" sekali lapaz jek..tahniah Ndit


 semoga jadi suami dan bapak yang mithali yek..
 
 
batal air semayang.. oh time ni saya adalah duduk sebelah Ndit..tolong bukakan gelang dr bekasnya..tapi encik demin tak amik pun gambar saya!!! hampehh.. sya tanya dia, nape daddy tak amik gambar mama pun? 
dia cakap.. "laa..mama ka yang bukak rantai tadi... takpa la bukan mama yang kawinnn" haihhh laaa.. laki aku nih.. tak sporting langsung..penat bini dia duk jadi orang kuat tauu.. huhh..merajuk sehari!!!!

 
sukanya mereka! 



 selamat pengantin baru.. Pak Ngah Ndit n Mak Ngah Izni...jumpa kenuri pada 4 dec nanti....

Tuesday, November 23, 2010

draft..

gigih la aku draft entry bebanyak..tp hampehh.. tak publish pun..
bengong lah update tak berkualiti cam ni..
nak upload pics skang ni tenet memang sentiasa lembapkah? merata aku tgk orang komplen tenet slow..

ps: sape tengok muzik2 separuh akhir semalam... aku tak larat gelak guling2 dengan anak aku yek tengok rambut si-to-mok.. muauhhahaaa...

Friday, November 19, 2010

Aidil Adha 2010 kami...

malam sebelum raya kami masih di rumah.. belum pun buat keputusan nak balik ke tak..
dah pukul 8 lebih tu, ishh..jum laa balik..dan terus laki bini begotong-royong packing barang on the spot..
betolak kuar TPJ pukul 10.00 malam, siap pegi dinner  supper kat kedai mamak.. 
masuk lebuhraya dalam kul 11 lebih dah.. memula pjalanan baikk jaa tekan minyak dengan harapan cepat sampai leh rehat sblm pagi raya..
sekaliii.. elok kat Behrang dah start jammed.. bukan sesikit jem nya..langsung tak begerak.. dari Behrang ke Slim River jemmnyaa... dalam keta siap tukar driver. sebab driver utama tak dapat menahan "pundi kencing".. 
tak leh nak benti tepi2 jalan dah.. 3-3 lane kereta tak begerak langsung.. kami tukar driver dengan tak payah kuar keta.. (nasib dedua kecik..sorang duk blakang, transit sebelah.. pastu aku ke tempat driver..) teruskan pejalanan.. sampai pot agak2 boleh melepaskan "hajat" - ni pun ada cerita lucu kami, tapi biarlah rahsia daddy kan.. botol dah buang dah? heheeee
 jem tu  rupanya ada kemalangan di KM 377.6 kat slimm river - Lori, treler dan sebiji kereta; 4 meninggal - berita lanjut sini.. 3 jam lebih kami duk dalam jem. sampai SP dah pukul 6.15am..punya la mengantuk dan letihnyaa...

esoknya berhari raya dengan sangat  mengantuk.. langsung tak amik gambar sekeping pun..
makan je tak tinggal.. bihun sup berpinggan-pinggan, laksa pun bertambah.. :P
lepas pegi ziarah kubur, kami balik ke Sg Layaq plak.. lepak2 sana.. Aira nak mandi..sekalii.. beg baju tetinggal daa... barang2 dr Tmn Keladi ke Tmn Orkid satu beg tetingal !!... maka, tepaksa la balik dr Tmn Orkid ke Tmn Keladi dengan aira ber-towel saja..huhuuu.. sungguh laa kelaakar tgk dia bekemban dalam keter. nasib la umah bleh tahan la dekatnyaa... :P

satu-satunya gambar di hari raya haji , aira berbaju towel.. =)
kenangan nih.. mana ada orang pakai baju "fesyen" ni kan  baby... :P

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha dan selamat berkorban

source: encik google...

selamat hari raya semuaa.... =) selamat menjalani ibadah korban..

Saturday, November 13, 2010

baby & toys contest..


Puan Kinna telah tag saya untuk contest ni..sementara Aira masih belum 3 thn..ye la kan, nnt dah besar dah tak leh join baby contest dah..kena la cari contest seusia dia.. atau kena la produce baby baru..huhuuu ..:P


Aira Irdina Adzmi Idham 
7 May 2008

simple jek gambar nya.. Aira suka hati bleh buat bangunan tinggi... =) 
tag kawan2 lain ialah :
 alya : suka baca cita pasai nia n adel

tiara : lama x apdet cita ayra..bagi la can ayra glemer plak..

ena: pun dah lama x apdet pasal adam.. ;)

Friday, November 12, 2010

jumaat yang nyaman..

bangun pagi pun macam liat jek..
nak-nak pulak sekarang kat opis memang tak banyak keje..
huhuu maklum la tengah menghitung hari last..
hurmm tak sabar betul nak mulakan kerjaya baru..
bersemangat nih.. sebab dah rasa macam lama gila tak buat recruitment..
enjoy sebenarnya buat recruitment ni, nak2 time interview candidate kan..
hohoo macam2 betul..

minggu depan raya haji. cuti aku tinggal sehari which is aku nak guna untuk 3 Dec atau 18 Nov..
sebabnya adik ipar aku nikah 19 Nov.. n kenuri 4 Dec.. nak balik time nikah, nanti kenuri dalam 2minggu je gap nak balik SP lagi.. kalau ikutkan hati mmg aku nak balik kedua2  tapi aku dah tak de cuti dan sebab aku tgh serving notice bleh jek aku tetiba demam tapi tak mo la..perbincangan meja bulat ngan enche dmin pun nampaknya tak nampak keputusan lagi.. makanya kompius laa aku untuk beberapa hari nih.. :(

Wednesday, November 10, 2010

kilogram..

untuk kenang-kenangan aku..
seingat aku masa aku tadika.. aku lah yang paling ringan.. dalam lebih kurang 20 kg jek..
pas tu masuk sekolah rendah.. masih lagi yang teringan..
siap masa darjah 2, di Sekolah Kebangsaan Jejawi.. lepas aku eksiden moto.. cikgu Mas Mona boleh dukung (cempung) dari depan gate ke kelas.. even aku nak ke toilet pun dia tolong anta.. *mana la cikgu Mas Mona skang nih..) masa darjah 4-6 memang berat aku maintain..aku rasa masih dalam 20kg lebih ..
sampaikan gelaran aku ialah cicak kobeng..  geng2 SKJ aku tau sangat la.. norazlina -cicak kobeng.. hahaaa..
tah tak cukup zat kut aku time tu, tapi aktif jek .. siap main hoki , menang peringkat negeri bagai..

ok, then masuk sekolah menengah... biasalaa time tengah membesar.. start period pun time form2 .. masa tuu baru laa nak menggemokkan diri.. tapi aku tak track.. aku rasa memang aku gemok pun dan suka pakai baju2 besar.. ala , masa tu kan tengah kecoh rappers .. baju nak besaq2.. labuh2..
ingat lagi aku belasah pakai baju kakak2 aku.. baju kak lang la yang jadi mangsanya..
time form 5, aku rasa masa tu berat aku paling berat kut.. 50kg lebih.. tengok gambar dulu2 macam.. huwaaa gemokknya aku.. ngan cemin mata besar.. ngan gemok.. ohh tidak!!!!

ok, abih SPM badan aku masih maintain at +- 50kg laa.. sampai aku matrik kat KMK pun. that time aku rasa macam sesuai la kut ngan tinggi.. ahaks.. maintai la sampai ke UTM ..tapi masa dekat2 final year.. tetibakan putus chenta la kononnya.. mendadak sehh aku kurus.. from 50kg ..toooooo cuba teka!?


45kg? takkk....



40kg...? tak...


35kg... okeh... just imagine betapa langsingnya aku masa tuh.. nanti balik SP aku nak scan gambar2 aku tu yek.. =) seluar jeans size 25 tuh..


lepas dah grad, convo..start keje.. n berchenta semula wahh... dah gemuk balik dah.. :P
tapi aku xrajin nak p timbang berapa kg.. aku cuma tau masa kawin berat aku dalam 42 kg.. peha kecik..suar jeans size 26-27 jek..bleh jadi ratu kebaya tuh... kihkihkih...
.. lepas kawin kan aku peknen teruss.. tau2 aku peknen timbang la berat.. masa tu berat aku 45kg...time peknen aku berjaya menggemokkan diri dengan jayanya.. from 45kg to 70kg.. :p lepas pantang aku pun check berat.. bejaya mengurangkan kilogram ke 52kg balik..dah tuu..kompem la suar jeans aku yang slim fit tu tak muat...
aku kena laa kuruskan balik.. tapiiiiiiiiiiiiiiii.........even Aira dah 2 thn lebih punnnnnnnnn berat yang aku target untuk 45kg tu tak tecapai!!!
berat sebenar sekarang 48kg...(baru medical checkup kan..ofcoz tau..) nak kurang lagi 3kg jek pun.. tpi apsal susah sangat nak turun ehh..ke dia dah jadi lemak tepu kat  peha ngan perut tuh? kekekekee...
 ok lahh.. aku berazam untuk kurus balik tak pun, maintain je laa . jangan sampai 50kg lebih sudah..

ps: aku tengah cari gambar2 yang sesuai untuk diletakkan dalam kategori memasing,  balik nnt aku cuba cari gambar bersesuaian..wat masa skang ni jek ada.. :P


tahun 2005 nih,kat sunway pyramid masa ni berat adalah 40kg..xde full body tak nampak sangat ...

ni peknen cik aira tengah sarat dah ni..dlm bln 4 2008 kut.. gemukkan..

Tuesday, November 09, 2010

lets go to the zoo...


i want to see kangaroo..
(eh, tp kat zoo negara kangaroo mcm takde jek.. ke aku tak jumpe?)

okeh, di hari depavali kami beraya di zoo.bawak cik Aira Irdina melawat haiwan2 ..
suka sangat sebab dia dah kenal macam2 animals..
dah tahu elephant, zirafah, tiger, lion, siap buat bunyi lagi..
aku rasa umur ni la kut paling sesuai bwk ke zoo...
kalau bawak baby2 macam x kenal animals lagi kan..
kalau bawak bebudak yang dah besar, macam2 laa pulak nanti.. :P

so lets layan our pics at zoo 
masuk2 je terus amik gambar ngan zirafah n elephant..


 pastu jumpa burung yang tengah selak kain dia.. jumpa emu, dan mouse deer 

jalan lagi jumpa si tapir,dan lion yang beristirehat atas "singgahsana" dia.. kan raja rimba u olls..

jalan2 amik gambar..jalan2 amik gambar..maklum la xyah pakai kodak.. :P

ni lagi pelbagai spesis haiwan.. ehehe


kengkonon kat safari yek.. tgk suasana nya..


 see.. sungguh kool mr. bear =)

penat jalan, kita rehat jap. bawak bekal roti n kaya, n air vitagen..

paling best masa tgk hypo neh.. bila pengawal dia panggil "kibuuu.... n combi.. " dedua ekor keluar dengan gagahnya.. takut weh derang datang dekat kita.. size dah la "badak " dengar dia jalan... gedebuhh..gedebuhh.. seriau.. 
Aira sampai suh enjak kebelakang sbb takut tengok sgt besar...
but memang puas hati.. sape nak bleh beli makanan dia.. RM3 untuk keledek n bleh feed badak dengan tangan sendiri.. 
aku takut dia telan tangan je pasal mulut dia besaaqq oooo...

sambung lagi tgk haiwan2 lain... 

nak balik.. pi last visit dekat cik Gajah n cik Zirafah..



dan... gambar2 sengal kami sekeluarga.. =)


okeh.. bye2 zoo.. dah nak balik.. outing yang berfaedah untuk Aira n yet sangat penat lepas tu..
balik umah tdo tebongkang 3 orang kami.... 


daaa~~

ps: dedulu p zoo time dating ngn dd ckp lagi 3-4 thn kta datang dengan anak yek.. so we oll dah tunaikan.. :)

Saturday, November 06, 2010

Pesanan Buat Suami ~ Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami  kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak  anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk    tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar  nak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-   cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma    masak mi maggi saja.

9.  Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara     bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak     minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh     balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu dirumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.  Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk   NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum  tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa  suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.     Kepada para suami khususnya dan kaum  lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Thursday, November 04, 2010

Alhamdulillah...

terima kasih padaNya, membuka pintu rezeki untuk aku..
segala yang aku nanti kan di episod ini telah terjawap...
actually dari last week lagi dah tahu.. tp officially nye semalam la..
kini masa untuk melayangkan surat cinta...


no turning back.. coz dis time , the offer much2 better...with 1 month buy out.. so..lets counting the days..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails