Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi..




tema kemerdekaan yang ke 53 tahun.. 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI...
tahun ni tak de tengok bunga api.. tak de countdown.. tak de concert.. malam hari dah tido awal dah.. pagi ni melepak di umah saja.
selamat hari merdeka semua! 

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Wednesday, August 25, 2010

dah nak merdeka tapi kenapa tak terasa kehangatannya?

kenapa yek thn ni rasa macam sunyik je.. padahal lagi seminggu jek pun nak merdeka..
ingat lagi masa zaman TDM sambut merdeka, boleh dikatakan semua kenderaan ada bendera Malaysia.. skang kalau dekat parking opis aku tu.. beratus-ratus kereta, tetiba nampak sebijik je kereta yang ada bendera Malaysia berkibar-kibar kat atas bumbung keta.. keta aku ler tuu.. 

ntah la..aku pun pelik.. thn ni suram jek rasa.. ntah kalau orang tanya tema kemerdekaan tahun ni pun tak tau ape kan?! bukan setakat tema... thn keberapa Merdeka pun mungkin ada yang tak tahu...
korang tak tau?!! ni aku nak bagi tau..tahun ni Malaysia dah 53 tahun merdeka..dan tema adalah "1 Malaysia Menjana Transformasi".. 


.
che bu yang bersemangat patriotik!
 
che hi lagi patriotik.. dr 1 august dh tepacak bendera dah....


Aira  yang paling patriotik!!!
dalam umah dah ada 3 bendera malaysia.. pantang iklan 1malaysia jek dia akan amik bendera dan kibar2 bendera.. siap cakap "tatuuu syia" ni la anak zaman tuk najib.. :P


okeh..sekian laporan kenegaraan dari saya..  =P
sattuuuu malaysiaaa!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails