Showing posts with label taska. Show all posts
Showing posts with label taska. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Aira dan Sports Day - Part 1

sabtu. 21 May 2011, Taska/Tadika Dunia Elit 
for the first time Aira Irdina, 3 tahun participate on her school event -Sports Day Elite Kids World-...

Bangun seawal 7 pagi, mandi tanpa paksaan dan besiap nak ke padang..

pakai stokin dan kasut sendiri..
kasut yang masih berbau kedai.. baru je beli malam sebelumnya... :P

 i am ready... mulanya nak pakai kasut hi-cut barbie tu tapi kasut tu terbesar sket..
susah plak dia nak belari nanti dengan kasut besar..


sampai padang teacher Muna ikatkan dengan 'kain biru" as rumah biru.. 

masa ni muka ceria sahaja..

beratur tunggu acara bermula,.


dengan kawan-kawan Aira, Tina , Rayyan


 by 8.30am, baru majlis bermula..agak lambat jugak acara bermula.. nasib tak hujan..kalau tak kesian bebudak tu..


Aira bebaris nyanyi Negaraku dan bacaan doa...





Negaraku dan bacaan doa..


ps: to be continue boleh... sebab banyak gambar aku nak upload x lepas...
pss: this update dedicate to my daughter.. nanti dah besar pandai boleh baca  dan tengok ye Aira..

Tuesday, June 22, 2010

taska lagi ker?

selalu yek orang masuk "rumah" aku ni cari cerita pasal taska2 di taman puncak jalil.
nak cari cerita ape lagi yek.. ke orang yang sama jek duk jenguk cerita yang dah basi tuh..
tak de ape sangat dah cerita pasal taska "tu". kan aku dah padam nama taska tu..
tak yah la sebok2 nak "search" nama taska tu disini..
punya banyak  jutaan taska di kawasan perumahan tu.. kat PUJ 7 tu saje ada 5 bijik.. apetah lagi kat PUJ 1, 2, 4, 5, dan seterusnya....
nasib lah kan sapa yang dapat taska elok.. Alhamdulillah rezeki korang! aku tumpang bersyukur...
tapi kat "taska" yang mungkin aku dah black list tu..bebaru ni kawan seopis aku yang juga tinggal anak dia di situ dalam masa 3 bulan apr-june ni dah 3-4 kali kuar masuk hospital.. asik batuk berkahak lagi (bronchitis) ..
so?! apa motif entry ni.. cuma nak cakap aku tau.. ade orang duk "spy" blog aku ni .. takut ada cite buruk pasal taska dia kut..
takpe la kak..time kasih secara tak langsung tolong naikkan trafik blog aku yang tak femes nih..

ps:Alhamduliillah, Aira makin bijak dan sihat sekarang ni. time kasih jutaan lemon untuk kawan yang aku kenal kat blog je LILY - mak Lily (nenek ipah) yang tolong babysit Aira skang..dan tolong mendidik anak dara aku tu jugak yek.. cthnye: pas makan angkat pinggan letak dlm sink! sungguh clever girl. mesti nenek ipah yang ajar ni kan.. =) 
blog banyak membantu! , bytheway kawan lily jugak adalah kengkawan aku.. yanie - ape cite ko skang beb!rindu sama kamu, ngan helmi-wife die kawan lily
err ..Camne nak peknen lagi ni..nnt baby baru nak anta sape jage kan.. ah malas fikir!! oleh itu tak mau lagi peknen dalam masa tedekat smpai ade masa nak fikir sape nak jaga baby baru! bleh gitu?~ hahaaa...

Wednesday, April 28, 2010

kisah Aira:episod2-taska

sambungan..

Keluar dari SJMC, aira tinggal dengan mak saya lebih kurang seminggu sementara nak cari taska baru, saya tukar aira ke taska a#&  #amailto:#aS@R@. taska ni di rekomen oleh sorang kwn saya.. dia cakap taska ni ok. tak de amik budak2 ramai.. dan cikgu jaga 5 orang budak.. dan tak tukar2. maksudnya group tu dia jaga. n bebudak pun rapat la ngan dia.. apa saja masalah budak tu,.. cikgu tu tahu. - katanya dan kononnya.. rupa2nya...
















tapi!!! saya silap!! dekat taska ni la aira kena gigit sampai 6 bekas.. shit! memang ba**.. boleh refer entry saya seblum ni pasal kena gigit kat sini dan sini ..

sebelum aira kena gigit tu memang dia macam takut nak pegi taska tu, dah sampai xnak turun.. cikgu nak amik, dia nangis peluk saya. saya yang hari2 hantar dia ni sedih jek.. dlm keta menyanyi riang,.. tapi bila sampai di taska dia nangis tak nak turun.. mungkin masa ni aira dapat rasa  taska ni tak sesuai dengan dia atau dia takut dengan persekitaran situ,.. tapi saya tak faham.. bad me! saya masih hantar ke tu dan satu hari kejadian gigit tu...saya masih anta disitu.. bad me again.. sebab saya susah nak ke taska lain , dan saya tak nak tukar2 taska sbab tak tahu yang mana taska lagi baik..saya anta disitu lagi sebab pengetua dia dtg minta maaf dan janji akan hantar budak yang suka gigit tu ke taska budak besar.. tp dlm masa yang sama saya masih mencari taska yang terbaik untuk aira.. i had no choice that time.. =(
aira 1 tahun 4 bulan,. dah makin susut

tapi tak lama sebenarnya aira di situ bih kurang 3-4 bulan ja. dalam bulan 7 , bibik (masa tu dia bibik jiran saya).. offer nak tlg jaga aira untuk dpt duit lebih.. saya masih was2.. betul ke bibik ni boleh jaga.. mak saya tolong monitor 2 minggu pertama.. masa tu aira baru 1 tahun 5 bulan, lepas 3 minggu percubaan. saya rasa aira Ok dengan bibik tu.. saya pun senang hati, sebab sebelah rumah saja, dan aira akan dapat perhatian sikit, dah xde la kena gigit tu.. tengah elok aira duduk dengan bibik dan main dengan kakak bella .. tetiba bibik lari plak dari jiran sya.. alasan dia ckp, xdapat cuti dan tak de orang hanta dan amik bila dia cuti.. ??!!

sya nak anta aira kat mana pulak! saya tak de pilihan.. since kakak beela ke tadika, dan tadika tu ada taska, Taska ke 3 untuk Aira!! saya anta aira ke taska yang sama dengan kakak bella, tu pun saya anta 3 hari ja.. isnin, sya MC, selasa EL. rabu saya anta.. half day petang syaa dh amik, pun cikgu taska cakap susah..sbb aira asyik nak ngan kakak bella saja.. khamis..saya anta jugak,,cikgu dia cakap, memang asyik nangis sja..

kebetulan bibik tu telefon saya, tanya aira cemana.. ceramah la saya.. kenapa benti x cakap.. potpetpotpet.. dia setuju nak jaga aira di rumah saya..
start bulan 10, bibik duk rumah saya jaga Aira .. memula ok.. dia seronok, saya seronok, aira pun seronok..
dia seronok pasal ada budak sorang lagi di jagakan, Harraz.. tpi 2 bulan saja dia jaga harraz, dah tak nak.. sbb dia luku(sekeh) pala budak tu.. so, dia suh saya cari budak lain..

aira dijaga oleh bibik sejak bulan 7 (2 bulan di umah jiran saya) dan bulan 11 dia tinggal sekali dengan saya.. selama 10 bulan Aira dengan bibik.. alhamdulillah, aira dah kurang sakit. demam pun dah jarang, batuk pun dah xde, cepat je baik kalau batuk atau demam.. makan pun kekadang ada selera.. lately je susah sangat
dia nak makan..
sekarang bibik dah nak benti.. saya harap, aira dapat sesuikan diri ditempat baru... dn boleh berdikari dan menjadi kakak yang baik..cewahh.. =)
ni dia big gurl.. jangan nangis2 lagi oke..


tamat... =)

Sunday, April 25, 2010

kisah Aira: episod1-taska

sebagai kenangan saya dan aira di masa hadapan... 
saya tau, aira sekarang sangat cengeng, sbb dia x dak kawan.. apa dia nak suma orang kena ikut, manja ya rabbi... kekadang saja ja dia buat2 nangis... nak susu yang hanya sejengkal dari tangan dia pun dia mengada2 suh orang tolong amikkan.. sya tak mau spoil anak sebegitu sekali. biarlah dia independent sikit.. dia masih boleh dibentuk. sebab tu saya selalu pegi umah kakak2 saya di sepang or bangi untuk bagi dia berkawan2.. atleast bila dia ada ramai sepupu-pupu, dia akan independent.. xde la asyik nak "mammmaa..mammaa" ..  bulan depan dah nak start anta aira kat umah nenek ipah.. harap2 aira dapat menyesuaikan diri dengan abang2 .. atleast dia ada kawan dia akan lebih independent dan berani..

kalau nak ada kawan , kenapa x anta ke taska? taska kan ramai kawan..
yaa.. taska memang ramai kawan.. sebabkan aira penah kena digigit semasa di taska.. saya seakan-akan fobia untuk antar dia ke taska lagi.. tunggulah atleast dia dah 3 thn.- 4thn. masa tu sya lebih berani untuk tinggal aira di taska.. ye la. dia dah tentu pandai protect diri sendri dan dah pandai cakap..xde apa yang perlu sya risau..antibodi pun  dah kuat sikit..

imbas kembali waktu aira di taska.. aira dihantar ke taska sejak umur dia 2 bulan lebih.(habis pantang).. saya anta aira ke taska @n&&R  un&U,masa ni dia baby yang sangat senang dijga.. x banyak kerenah,.. minum susu.ngantuk ..tdo..  memang senang nak jaga aira.. tengok badan dia masa tu Alhamdulillah sehat dan beketul2 body dia. masalah dengan taska ni adalah selalu bertukar pekerja.
sebulan sekali mesti bertukar ganti..

photo:kiri: July 08 - masa ni baru 2 bulan lebih / kanan: aug 08

masa aira 2-3 bulan: aira dibawah jagaan Ikin(pembantu taska).. sangat sayang Aira.. sebab masa tu aira senang jaga dan comel putih gebu.. (kan orang suka n sayang bebudak yang comel).. tpi ikin ni tak lama di taska tu, sbb ada masalah dengan pengetuanya.(saya siap sms tanya dia kenapa nak benti since aira dan dia rapat) sya pun tak susah hati tinggalkan aira.. tapi dia cakap tak tahan dengan umi ..semua yang dia buat semua umi kata salah dan tak betul. end up dia benti.


aira 4 bulan
aira 6 bulan...
masa aira 4-6 bulan, ada seorang indon plak -nama atie.. indon ni pun ok la. setiap kali saya amik dan hantar aira dia akan update saya , aira macam mana, mandi je nangis.. (memang la nangis.. sbab derang mandikan dengan air sejuk! lepas tu saya mandikan setiap pagi sebelum anta) pastu atie ni pun benti gak sbb dia cakap tak larat.. sorang pembantu taska jaga 10 orang baby. sedangkan dalam agreement 1 org pembantu jaga  5 orang baby saja,(pada saya still ramai 1:5) masa ni aira dah start batuk2..dan demam.. setiap minggu atau selang seminggu mesti batuk..tak batuk.. demam.. x demam...selsema..

  Aira 7 bulan


masa 7-12bulan, sorang lagi pembantu yang jaga aira..intan, intan pun sayang aira sangat.. intan ni plak baru 20tahun..muda sangat lagi..masa memula dia jaga aira,saya memang was-was, bolehke budak besar ni nak mengasuh anak?! tapi intan pandai jaga budak.. aira pun setiap kali nak anta ke taska, bila nampak  intan datang nak amik dia je. terus dia seronok.. sua dan depangkan tangan untuk didukung.. masa ni sya harap intan dapat keja lama ka dengan umi ni.. rupenya saya silap, intan pegi cari keja lain yang lebih selesa.. yelaa budak muda mana nak keje jaga baby sampai 5-6 orang skali.. masa intan nak benti saya siap offer intan ajak datang aira balik hari.. tapi intan cakap dia nak keje Jusco.. hurmm ape bleh buat. masa ni aira still 2-3 minggu sekali akan selsema dan batuk.. dah duduk taska, macam tu la kesihatan anak2 kta...




Aira - 12 bulan



















aira masih lagi di taska yang sama, dari 2 bulan ke 12 bulan.. ok, sekolah yang sama, tapi pembantu taska besilih ganti!! budak baru serasi dengan pengasuh dah kena tukar..baru dapat manja dengan pengasuh dah kena jumpa orang lain.. jadi susah untuk dia sesuaikan diri!. tak lupa, di taska ni, anak lelaki pengetua yang baru 20+ pun selalu bantu pengasuh2 taska.. tapi budak tu sangat garang!. saya penah dengar dia tengking budak2 yang bawah 1 tahun ni.. masa tu saya nak amik aira, tekejut saya.. patut la aira takut dengan lelaki yang berkulit gelap.. (budak tu aggak gelap..) , sampai sekarang aira takut dengan lelaki yang kulit gelap..

saya nak tukar taska masa ni aira dah 1 tahun lebih, dalam mood mencari  taska baru, aira dimasukkan ke hospital SJMC... sebab batuk berkahak..terlalu lama batuk .. bila batuk, baik sekejap..batuk balik.. kahak dan lendir terlalu banyak..smpai doctor cakap mungkin aira dpt athman (sbb x hygiene.. persekitaran kotor) 5 hari 4 maalam aira di hospital. sya sampai ambil unpaid leave untuk tunggu di hospital. keluar dari hospital terus saya bagitau umi, saya tak hantar aira ke taska lagi.. sudah laaa masa aira di hospital, datang ziarah pun x.. bukanlah saya suruh dia melawat ke apa.. atleast sms tanya khabar..


bersambung....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails