Showing posts with label bibik. Show all posts
Showing posts with label bibik. Show all posts

Friday, April 30, 2010

last working day!

last working day bukan untuk saya... tapi untuk bibik a.k.a nenek jaga aira.. pagi tadi saya borak ngan die bebaik la nih sambil mimum air.. sya tanya dia.."acik jadi balik dumai la ni.. bulan 6 ke bulan 8?" dia jawap " tak jadi balik terus!!.. tak ndak balik sekarang..nak kumpul duit lagi.. kalau acik balik anak acik amik duit acik nanti".. baik acik keja je sini terus.  

pulak dah orang tua ni.. kalau tak,.. nak balik sangat2 dah.. tapi aku diamkan je la, sebab kalau dia x mau balik pun bukan masalah aku dah, sebab lepas ni memang aku x nak dah dia.. bukan tak mengenang budi or jasa.. sungguh aku berterima kasih atas jasa dia jaga Aira.. tapi aku rasa dah sangat penat dengan kerenah dia .. dia nak suruh kita hormat dia..memang kita hormat dia sebab dia tua, sama baya mak aku ja.. tapi kalau dia cakap ngan kita tengking2.. sambil cekak pinggang . apakah?! dan dia bleh cita kat aku, kat umah majikan lama dia dulu..(yang mana satu aku tak tanya plak, dia dah keja di malaysia ni 20 tahun dah, asyik bertukar majikan jek) yang dia penah pecahkan  pinggan sebab marah kat majikan dia. dengan aku so far tak de la sampai pecahkan pinggan, sebab umah aku x banyak pinggan pun!. tapi dengan aku kalau dia buat keja..sampai atas bleh dengar.. hempas barang tu.. hempas barang ni... prongg prangg... tunjuk protes apa tak tau la kan... sebab tu aku dah nekad, xpe la.. aira pun dah besar, selagi aira x berkawan-kawan selagi tu dia manja, cengeng nak mampus.. huhh.. sket2 nak bunyik...harap2 lepas ni dia dah pandai berdikari.. :) anak mama kan dah besar.. dah big gurl.. dah pandai.. hurm.

what ever it is.. time kasih pada cik bibik..

Monday, April 05, 2010

rentetan kisah bibik..

sambungan dari note ps di sini dan sini..

last week kan mak saya ada di umah.. semasa saya di opis, mak saya di umah .. mak saya telah "brain wash" sama itu bibik..

Alkisahnya, dia hanyalah UGUT saya dengan mengatakan nak cari keja lain dengan harapan saya DESPERATE nak suh jaga aira, dan saya akan UP gaji dia sehingga 6 ratus... dia ingat saya BODO!! sory la acik TAKTIK acik tak berjaya. Tima kasih sangat2 pada lily, saya pun dah siap pegi jumpa mak lily lagi tau.. sebabnya bukan senang nak mintak jagakan anak kita kan. malam jumaat masa saya nak anta bibik tu saya tanya dia betul2..acik cemana?! jadi ke nak benti.. dia jawap.. tak jadi benti lagi sebab nanti pii-maii pii-mai blan 8 memang dia nak balik indon dah pun.. lagi 4 bulan.. majikan mana nak amik awak keje 4 bulan saja... end up dia pun tak jadi berhenti. atas nasihat mak saya, saya sedikit konpiden nak control acik ni...

so.. bulan 7 - 8 nanti baru saya nak anta aira ke umah bbsitter pulak. insyaallah time tu Aira lagi besar dah..skang pun dah pandai cakap Biyyak.. nak mandhii..papar.. nak mamm..susu... pendek kata bleh paham la apa yang dia nak. =)

Friday, January 08, 2010

bibik part 2: mula buat hal..

bibik saya kali ni betul-betul mencabar kesabaran saya.

Semalam lepas balik keja , saya cakap dia Achik tak yah masak la.. saya masak nanti. (Sebab saya dan encik Dmint dah tak larat nak makanan berminyak yang sangat minyak). Ok.. tak de apa..saya rasa dia lagi suka, sebab tak yah masak kan.. dia boleh tengok tv dengan tenang saja.
Bila saya masuk dapur jek.. maashaAllah beminyak gila dan melekit dan licin.. hati saya panas jek. Masa tu saya suh dia bawak Aira pegi jalan2 petang .. Saya layan cerita Cinta Balqis sambil kat dapur..dari dapur saya bleh nampak TV kan. so senang keja nak masak sambil tengok tv. Lepas masak, masa tu dah pukul 7 lebih .. dia pun dah sudah solat maghrib,giliran saya pulak naik sbb encik Dmint belum balik..saya tinggal Aira ngan dia kat bawah. Turun dari mandi dan solat saya pun sedia untuk dinner. Saya makan dengan Aira dan Haras (budak yang achik mengasuh jugak semalam mak dia ada hal amik lambat sikit) . Lepas makan saya cakap kat Achik "Achik ..NANTI TOLOONG mop lantai" lantai beminyak takut nnt Aira dan HAras jatuh. Tu je saya cakap. Pastu saya basuh pinggan dan duduk depan tgk berita.

Lepas tu achik tu mangkit dan buat muka bebai sambil baling lap kaki hempas2 depan saya.. Saya diam lagi sambil melayan Aira dan Haras. Elok dia habis mop dia join tengok tv dengan saya. Pas tu pertengkaran bermula:-

Achik: Eina bayar orang taska dulu berapa?!
Aku: Kenapa? (dalam hati aku dah agak dah dia ni nak cari pasal)

Achik: Orang melayu ni kadang2 MENGADA-NGADA.. dah ada orang gaji nak suruh itu ini..

* berdesupp darah aku.. dengan spontan aku rasa muka aku dah merah kalau org nmpk sure dah berasap dah..

Aku: Achik kalau xnak mop tadi , tak yah mop pun tak pa. Saya cakap tadi Tolong dan nanti..maksud nya nnt kalau achik tak de keje ke.. achik dah lapang ke tolong la mop lantai dapur,, bukan saya suh sekarang..

Achik: Achik tahu keja achik.. waktu Aira tido achik mop , basuh baju, sapu sampah..

Aku: Achik, saya tak kata achik tak buat kerja pun,, saya kata dapur tu berminyak. ni 1st time saya mintak tolong achik..ada saya penah suruh achik buat macam2.. sebelum ni x de kan?!! achik balik Gombak saya buat semua tau.. dulu achik takde saya bleh buat semua.achik balik Gombak achik ingat sya tak buat ke..saya mop tangga2.. mop dapur tau.. Saya amik achik untuk jaga Aira ja.. Aira sekarang pun dah manja ngan Achik. Ni baru sekali saya mintak tolong..tu pun bukan sya bagi arahan..

*intonasi aku yg agak tinggi dan sedikit sebak mcm nak nangis. dlm hati aku sabar.. saabar. aku kesian aira nih...

Achik: tak de la, orang melayu ni tu la,dah ada orang gaji mengada-ngada..

AKu: saya mengada2 ke achik?!!!

dia diam sampai 5-10 minit aku pun malas nak betengkar lagi ..aku bukak tv kuat2..Aira dan Haras ketakutan tgk aku macam tu..sat tu..dia pun naik atas..

lantak kau la.. aku ckp mcm tu pun nak nangis ke nak apa ke.. dlm 15 min aku rasa lepas dia solat isyak dia pun turun balik..

aku buat tak tau smbil layan Cucu Betong.. smpai mak Haras datang amik. Habis cucu betong aku naik atas layyan Aira dlam bilik.

Aira tdo..aku main laptop wlupun tak de intenet aku draft entry kat words dulu.. sbb aku tak tahan ..tak tau nak luahkan kat sapa..aku luah kat words..
dlm kul 11 lebih baru encik Dmint balik.. tgh duk draft cita pasal bibik aku terus stop.. mengadu kat dia.. legaa hati aku lepas tu...dekat kul 1 baru aku leh tdo..

pagi tadi aku ngan encik Dmint bangun tdo..pastu terus buat part memasing.. encik Dmint basuh botol susu mlm tdi (biasa mlm aira minum susu 3 botol)... then lepas tu bibik nak basuh baju..aku cakap.. achik tak yah basuh baju saya la. mlm ni saya balik saya basuh..
Achik tolong jaga aira bebaik je .. keje umah lain saya buat...
dia buat air pagi tadi pun kami tak sentuh pun..

hurmm.. setelah 3 bulan... mula buat perangai kan!?
actually before ni ada kes handphone dia.. tpi saya malas nak cita..sbb saya anggap dia orang tua kan, tak pandai guna handphone cecanggih.. so saya ignore la perasaan bodoh dia tu..

er.. to Lily Lotus.. sy tau bibik saya baik ngan mak awak..hehe..tetapi nak buat cemana kan..
orang dr sana tu saya rasa perangai derang suma sama je kut..baik tua or muda ..mcm lupa asal usul..simpan dlm intenet je cite saya ni eh.. =D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails