Wednesday, November 22, 2006

ReRen...DeDek..

ari ni saye tatau nk marah atau nak senyum..
sebabnye saye senyum ..berpuas hati..segala usaha saya berbaloi jugak..
dpt closed utk shell requirement yg sgt banyak...

tapi...

saya marah jugakkkk!! marah ngan "enggekk enggekkk..."
buat la akaun memasing...ni sesibukk nak masuk dlm aku nye line...mase meeting td bukan main..skang sibuk2 apesal?? hehh..marah tau...

nasib ler gambo desktop saye boleh buatkan sy senyum..
asal tensen aje..saye akan pandang itu muke dedek...
dedek mate besar...tesembul bijik mate dedek...

Biodata DeDeK
Name: DeDek DeMin
Date of Birth: 29 Oct 2006
Age: 3 weeks.. Dedek di*lahirkan* sehari selepas myengagement
Place of Birth: Central Square, Sg Petani
Color: Green
Type: FRoG
Nama dedek diambil sbb bnyi katak kan.. oinkkk...dededekkk... oink...dekk..(lebih kurang gitu la..)





DeDeK ....






Reren ngan Babe

Biodata ReReN

Name: ReReN Na..

Date of Birth: 18 Dec 2005

Age: 11 months 4days.. ReRen di"lahirkan" semasa hari perishtiharan berkapel

Place of Birth: Metro,Kajang

Color: Red n Black

Type: Ladybird..

Name Reren bersempenaan.. nak buh warne Red n orange..then shortcut.. ReRen....

Monday, November 20, 2006

wiken saye..











him.. palap..intan..and me..



=)last week - saturday..pegi intan's weeding...

bestnyer tgk org kawin..mcm tak caye je..yg aku dh smpai tahap sebegini..aku dok ingatkan yg aku ni mcm budak baru abih sekolah ajer..xde rase pun mcm diri ni dh matang ..dh boleh kawin.. dh boleh mempunyai rumah tangga..huhuuu...
tapi yang sebenarnya aku tahu..aku pun akan kawin..dan ada rumah tangga sendiri...sape tak mo kan???mase tgk intan besanding tuh.. dlm otak aku dh duk berangan-angan..pelamin camane.. kenduri camaner.. kaler tema ape..hehe.. pastu senyum sorang2.... on da way balik je.. terus becerite ngn mzrh..ngn my fiance... hehee...betapa bahagianya bila dpt hidup besama dengan orang yang kte sayangi..org yg kte cintai..
seriesly... aku nak kawin cepat jugakk...hehehee....

"oh.. mama... saya mahu kawin.." =)
sepanjang2 weekend tu amatla menggembirekan hati..finally... setelah 1thn lebih tak jumpe mazrah.. akhirnye weekend lps ketemu juakk...kan mazrah.. nnt dtg lagi tau.!!sabtu mlm lepas kenduri tu..mzrh n yanie lepak di umah aku..borak2... mengimbau kenangan di UTM.. becerita itu dan ini...biase laa...gossipss..

ahadnye gi jejalan kat Times Square..rase cm teringin jugak nk main2 kat situ... tp,.. tapi...taaaapiiii.. =D
hehee.. lain kali boleh pegi main jugakk...then..lunch kat chicken rice shop.. (sape banje eik.. loqman ngn mazrah ke? ).. mashihhhhh sangat,.. kenyang tak tekire.. herksss... insiden sup bulu ayam buatkan sume org gelak smpai merah-merah muke........










Thursday, November 16, 2006

x faham!!

ENTRY INI BERLABEL 18SG!!( SANGAT GARANG)


aiyarkk..
saye cakap saye tak boleh ... sbb ada halangan yg tak dapat dielakkan...
halangan tu bukan ditetapkan oleh saya..
halangan itu dari kampeni yang beri saya duit setiap bulan..
walaupun saye selalu marah2 dan tension dgn boss saya..
tapi saya hanya seorang pekerja...apa boleh saya buat...
bukan selalu pun saya kena kerja pada hari weekend..
hari weekend saya selalunya meriah dan ceria dan penuh dengan enjoy...
mana laa saya tau pada weekend saya merancang untuk lakukan aktiviti lain saya kena kerja..
apa? ingat saya suka kerja di hari weekend..
aduhh.. weekend adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh saya...
oleh itu.. betullah apa yang dikatakan malah dalam ayat QUran pun ada termaktub ..

"Manusia merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang" - [Al-Anfaal:8-30] -- amik dari .

mmg le kta dah plan..dah janji.. dah ape sume.. tapi dh memang kte tak dapat... nak wat cane kan.. so kalau kte plan.. dan kte dapat ape yang kte plan.. syukur la.. arkk.. speachless... tetibe aku rase tangan aku gigil semacammm!!! haihh...... =(

Wednesday, November 15, 2006

xde kije..

bukannye xde kije.. tapi malash sikit ari nih.. hehe.. (sebenarnye tetiap ari pun i malash...)
sambil bejalan-jalan.. merayau-rayau dlm IE ni i tejumpe la site ni..
i tetarik dgn artikel ni..make i copy dan letakkan disini.. =)

Tips Menempuh Perkahwinan
1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.
Surah Al-Furqan ayat 74:"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."


2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qada' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17:"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak-anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.
Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.

4) Sebagai seorang mukmin, sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya.
Firman Allah yang bermaksud:"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak,saudara-saudara, isteri-isteri,kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah AtTaubah, 24]
Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami,selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."
Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan.
Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."

Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walaubagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.
Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujikan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Tuesday, November 14, 2006

hapdet terbaru...

roadtax che Bu dh dapat...
roadtax che hi pun dh dpt..
lagi?
arh..ujung bulan ni nak p pasang CD player.. hehee.. jgn jelesh tau.. (tapi sekali-kali ingat rasa mcm tak buh pun tak apa..)
memandangkan masa akan datang lagi memerlukan uwang...
tapi sbb "keinginan sesorang" tu.. insyaallah akan diusahakan..
tengokla cemana.. begantung pada aku punya appraisal jugak nk naik bape hinggit...
kalau duit candidate so far.. mmg lpas la utk cd player CHe BU kan? lebih pada lepas tuuuuu....
hurmmm
make up keta cantik2 pun... bukannyye nnt tdo dlm keta..makan dlm keta... hidup dlm keta kan? tapi.. nk le jgak tengok kete tu comeiii aja..
rim dh cun..hehee.. tak yah pk2 nk tukar rim lagi dah...
**arkk rim? =( pagi tadi aku parking rapat sgt ngn divider jln.. rim sebelah kanan teguris... banyak jugak arr.... waaaaaaaaa... tgk keadaan rim tu terus aku "cebekk" smbil usap2 rim.... hitam jari aku...**

awal bln 12 ni pun kene balik sp gak nih.. mak ngan abah dh dpt tiket penerbangan ke Mekah.. pd 9 Disember... paling2 busuk pun aku nk balik 7 - 8 - 9 - 10... atleast.. 9 - 10 tu leh gi "kursus" .. kursus tu la.. yg byr 80 hinggit.. dpt sijil tu baru leh planning ngn senang hati.. ape name dia ntah.... xpasti.. tapi kursus tu biasanya org akan pegi bepasangan la kan...heheee......
soklan2 cepu emas yg sll org tanye aku sekarang..
"bila ko nak langsung?"
"bila kenduri?"
"waaa.. jgn lupa jemput tau!!"....
aiyakkk... saya tidak boleh bagi jawapan yg pasti lagi la...
masih dlm perancangan.. tapi yang pastinya tentulah di tahun hadapan..
bulan bila.. tarikh bila.. besabar aje yer... akan di hapdet.. setiap masa...

tata 4 now... =)

p/s: tak sabarnye tunggu weekend nih kan mzrh?! dh lame simpan rindu.. cerita.. gossip nih...

Monday, November 06, 2006

suke ehh?

ello.. betemu lagi kte di minggu baru di bulan November nih.. =)
ekceli xde idea sgt pun nak hapdet..
tapi sbb macam boring nk wat keje kan..
hapdet le jugak..
hapdet sinopsis slpas engagement... ;;)

he.. suke wooo... sbb ape tau?!
sbb ramaii sgt org tegur i..

"ehh.. nmpk lain la.." beseri jerk muke.."
"waa.. beseri-seri ekk muke ko skang"
" lain ler nmpk.. nmpk ceria..."
he.... dan macam2 la.. (ishh perasan sungguh i ni kan...)
tapi tu la.. keperasanan i x dpt dibendung...
sbb byk sgt puji-pujian...
alhamdulillah.. terime kasih semua yng memuji..bukan mengeji..yang mendoakan kebahagiaan bukannye kedengkian.. yang mengharapkan kesejahteraan bukannye kecemburuan... i love u all.. thank u to all ur support... ( ecehhh...macam menang anugerah jer..) huehuehe...

aktiviti weekend lpas i pegi open house.. umah kak zalifah..
kt tmn puchong perdana...hurmm.. tu jerk open house yg i pegi...
ermm.. i rase.. saat2 i bersama dgn B sgt sekejap..walaupun dr pg lagi ktorang dh bersama... smpai ke malam2 hari... rase sekejap ar.. tu la.. " masa sangat mencemburui kita.." (iskh.. POYO ler i nih....) hehee..

erk..?!! roadtax dh nk mati.. 18 nov..
saman polis ade lagi 2...
saman dbkl ade ... hurmm 30 lebih kot... heeee :D
lantakkan aje la... duit dh bank in kat abah..hopefully everything is fine..
tapi saman polis tu.. ermm.. cane ehh?
tawakal je la... huhuuuuuuuuuu

Wednesday, November 01, 2006

entry Jiwang.. ;)

alkisahnya...
perkenalan.. percintaan.. ini bermula..

nov 2005
"jamy.. aku ada interview minggu depan.. .. sapa ada note book arr? pinjam notebook ank leh? "

aku punya note book hang ssh nk guna kot... canggih.. penuh ngn software music ntah apa2... jawap jamy..

(aku paham... bukan senang nak bagi harta kesayangan kita untuk dipinjamkan.. apatah lagi itu adalah barang kesayangan kta...)

"hurmm.. sapa ada arr?? haa.. demin ada kot? sat aku tepon dia.."(dlm masa yg sama...terus dail DeMin..)

" hello.. wehhh!! hang kat mana? gheja ka? sori laa kacau hang..."
hang ada note book kan?

demin - ada... tapi aku dh bawak balik sp.. bapak aku guna...

nada kecewa.... " ala.... cemana aku nk buat arr... aku ada interview ngn Emerio, 2nd interview.. dia nk test aku.."

demin - nnt laa aku tengok yg ofis aku punya.. kalau hang nak guna sat .. tak pa la.. nnt aku hantaq.. hang dok mana la??

" aku dok kg.subang ar... umah kak lang aku... hang tau dak nak mai? dekat ja USJ ngn Kg. Subang.. kalau xtau hang tepon aku"

demin - ok.. nnt dh dpaat.. aku nk p.. aku tepon hang... bye, aku kat KWSP nih...

"ok... thanx wehh... bye..."

--- masa tu.. relationship aku ngn Jamy sangat rapat.. Jamy ngn Demin.. adalah ex-housemate.. Jamy yang bawak aku jumpa Demin, tak silap aku tahun 2002.. masih seorang mahasiswi di UTM.. masa aku balik ke Kajang umah kak long aku.. aku turun di Serdang.. kemudian, Jamy jemput dr serdang dan bawak seorang budak kecik iaitu "demin".. masa itulah kami berkenalan...---

imbasan tahun 2002
Jamy: ni membe sekolah aku.. eina.. budak sp gak nih!..
demin: oo.. hang sp kat mana?
aku: taman keladi.. hang??
demin: sg. layaq.. taman orkid..
jamy: ni budak kedah online la jugak ni..
(pada zaman itu.. aku agak aktif dengan forum Kedah OnLine dan chatting mIRC dlm # Kedah n #Darulaman)...
sembang punya sembang.. bertukar id ym...

sepanjang perkenalan di dalam YM..sepanjang berchatting ngn demin..
asik gaduhh je... ade je laa topik yg tak puas hati..
tapi yg sll menang mesti la aku.. smpai dia kene belanja aku di McD...bertahun janji nk belanja McD.. dari McD sg.petani.. smpai ke McD K.L Central....

- kembali ke era 2005 ... -

ehh.. B, kta dating (mkn McD ngn Pizza) dulu ka org pinjam notebook dulu arr?? x ingat.. ghee... masa tu I byk spare part,.. :P
rasanya dating dulu..
- McD KL Central... (makan dan bercerita...)
- gi MIdvalley.. tgk wayang...
- makan Pizza plak.. (pizza tak abih baru teringat nak sms Jamy)..
- B dh beli Che Hi...
- Arwah Pak Ndak B meninggal...
- B nak balik keja pun tepon org dulu.. wlupun masa tu hanya kwn2...
- B x posa..demam (kantoiii kat sini..hehee..) pun habaq kat oghang...
- Kami (jamy, wan, maya, wawa pi picnic kat PD. B nak join tp time tu kena outstation kat JB..)
- balik ghaya ngn jamy.. konvoi ke KL 30km dr belakang...
- beli adiah besday Jamy.. ladybird kecik..
- B adiah kan REREN... 18 Dec 2005...
- dapat sweet sms yg bnyk sgt...
- hehee..... bnyak lg nak cite... tapi itu la, bila org tanya.. cemana kenal? cemana leh kapel? cemana kawan??

sepanjang 2006.. =) panjang ceritanya.. tapi.. aku pendekkan je nih..

28 Oct 2006
- majlis berjalan lancar.. walaupun pada mulanya sedikit kekalutan berlaku..
ikut perancangan lepas zohor.. dlm kul 2.30 gitu.. tapi disebabkan ada masalah kecil.. (Bapa sedara, Pak Lang pihak lelaki terlewat..lebih kurang 3.30 baru derang smpai.. majlis berjalan dengan lancar..). Kebetulan wakil pihak lelaki dan wakil pihak perempuan jugak saling mengenali.. lagi senang perjalanan majlis..
jumlah hantaran.. mas kahwin semuanya dh ditetapkan..
tarikh perkahwinan... lpas mak abah balik dr Mekah.. baru nk tetapkan bila...
target kami.. asap!org cakap ape "janji hidup" krenye belum setahun kalau dh cukup duit pun leh nikah laa... huhuuuu....




kerana cinta suci lahir dari hati yang ikhlas....
to my lovely fiance..
i love u so much.. terima kasih kerana menyayangi diri ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails