Saturday, November 06, 2010

Pesanan Buat Suami ~ Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami  kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak  anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk    tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar  nak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-   cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma    masak mi maggi saja.

9.  Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara     bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak     minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh     balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu dirumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.  Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk   NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum  tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa  suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.     Kepada para suami khususnya dan kaum  lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Thursday, November 04, 2010

Alhamdulillah...

terima kasih padaNya, membuka pintu rezeki untuk aku..
segala yang aku nanti kan di episod ini telah terjawap...
actually dari last week lagi dah tahu.. tp officially nye semalam la..
kini masa untuk melayangkan surat cinta...


no turning back.. coz dis time , the offer much2 better...with 1 month buy out.. so..lets counting the days..

Saturday, October 30, 2010

konvokesyen..

tgk orang konvo tetiba macam tingin nk konvo jugak. hahahaa..apakah?
 sabtu lepas..betempat di PICC, adik aku konvo KPM..


k

sonok tgk org konvo ..Aira pun sonok gak.. nak bli bear laa..beli bunga laa.. aduih..time konvo pepaham je la harga naik beganda2..


tahniah pak shashu..(aira panggil pak shashu.)



ps: gambar konvo aku dulu sikit sgt.dah la time tu kamera kena ada filem lagi..sekali kamera rosak plak..yang jadi hanya beberapa keping saja..huwaaaa...!! =(
sebab tu nak konvo lagi laah.. :P


Thursday, October 28, 2010

dah besaq dah....

ni haa..anak dara tecik ni.. dah besaq dah...

jalan tak mau pimpin tangan dah.. naik eskulator ni pun tak mau pegang.. mama risau kut jatuh kaa.
. xmauu. jangan pegang bibbi...
ni posing malas..


merajuk dengan mama ka ngan daddy nih.. siap duduk atas lantai..
bosaannnn laar...

oteeeii.. dah dapat bunga.. x bosan yahh...


ps: ni suma aktiviti aira weekend lepas time paksu konvo kat PICC.. nanti aira sambung cita..

Monday, October 25, 2010

debaran..

menunggu dengan penuh debaran..
hope everything went well...
pray hard!!

Wednesday, October 20, 2010

citer lama.

oke..series lately saya bz dan saya malas nak update blog..jiwa kacau der...
sebab date cantekk 20.10.2010..
 jum tengok gambar aira pegi wedding kat tropicana club last saturday.. 


 
anak dara yang pemalu..

dah mula nak buat perangai.. 

food sedap2...

ada mainan laa pulak.. bleh lagi p main2..

the pengantin.. sepupu en. Demin
suraya n khalil (kevin)

mari potong kek..

ngn mak lang shidae n makteh min

kami 3 beranak..

tetiba nampak beyonn... nak beyonn.. seludup dr bowling center plak..

ok..dah habih.. boring x entry cam neh? hahaaa..





Sunday, October 17, 2010

Season 5 Cute Baby in Baju Raya!!!

salam sume.. 
..last contest yang Aira nak masuk bertemakan raya... - Season 5 cute baby in baju raya!! -.... 


syarat-syarat contest dah dipenuhi..
harap pihak penganjur berpuas hati...

Nama: AIRA IRDINA BINTI ADZMI IDHAM
Umur : 2 TAHUN 5 BULAN

dan hadiah-hadiah yang menarik yang ditaja oleh  Ayu aka Sidratul Muntaha & Anje aka Mama Balqis ..

 " GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSOR BY MALINASIAM.COM " 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails