Friday, November 26, 2010

sakit hati!!

memang sakit hati baca nih.. bab* punya perompak..
kampung subang tu aku tau la macam mana keadaannya.. dulu kak lang tinggal situ betahun..aku pun penah menumpang kasih kat umah kak lang masa ngan MAS tuh..

-----------
source: hmetro

Diperkosa perompak

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.
“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Thursday, November 25, 2010

daddy korang boleh? daddy aira bolehhh!!

haaa daddy pun naik menatang nih ..
maklumlaa dulu2 tak de menatang ni kan..
skang ni aira naik keta nih daddy pun menyibuk ..

ps: kalau korang malu dak weh? kihkihkihhh...... 

Wednesday, November 24, 2010

terima nikahnya....

salah satu sebab kami gamble balik minggu lepas jugak sebab adik enche Dmin nikah..
tu la kan, sebab plan berubah2 kami gamble balik malam raya jugak..ingat kalau balik pun, nak balik malam khamis tuh jek.. sebab cuti kan sehari..kena la manfaatkan cuti yang sehari itu...tpi memandangkan kalau aku p keja pun setakat nak buang masa 8 jam duk guyang kaki ngadap intenet, baik aku cuti (sendiri declare) ajek...
ok, continue dengan cita asal.. ialah nikahnya si Hairi Affendy adik kepada Adzmi Idham dengan pasangannya Izni Yusrina petang jumaat lepas Asar...
amik kau..sekali 4  pasangan menanti tok kadi..nasib baik kami pasangan petama sampai..makanya, mereka la dinikahkan dulu...

1st  time jugak aku jadik "tukang sibuk" dalam majlis.. ye la kan, adik2 ipar aku lagi 2 org xdapat cuti shidae ngan min.. so, aku jadi org kuat la.(kuatla sangat kan..).. tukang angkat dulang hantaran mas kahwin..

jumla tengok gambar yang tak severapa nih... belum boleh jadi photoG la dd nehh..

 me n aira.. 
tudung adalah instant sebab lupa bawak balik tudung, tepaksala cari tudung yang besesuaian..

 
."aku terima nikahnya............" sekali lapaz jek..tahniah Ndit


 semoga jadi suami dan bapak yang mithali yek..
 
 
batal air semayang.. oh time ni saya adalah duduk sebelah Ndit..tolong bukakan gelang dr bekasnya..tapi encik demin tak amik pun gambar saya!!! hampehh.. sya tanya dia, nape daddy tak amik gambar mama pun? 
dia cakap.. "laa..mama ka yang bukak rantai tadi... takpa la bukan mama yang kawinnn" haihhh laaa.. laki aku nih.. tak sporting langsung..penat bini dia duk jadi orang kuat tauu.. huhh..merajuk sehari!!!!

 
sukanya mereka! 



 selamat pengantin baru.. Pak Ngah Ndit n Mak Ngah Izni...jumpa kenuri pada 4 dec nanti....

Tuesday, November 23, 2010

draft..

gigih la aku draft entry bebanyak..tp hampehh.. tak publish pun..
bengong lah update tak berkualiti cam ni..
nak upload pics skang ni tenet memang sentiasa lembapkah? merata aku tgk orang komplen tenet slow..

ps: sape tengok muzik2 separuh akhir semalam... aku tak larat gelak guling2 dengan anak aku yek tengok rambut si-to-mok.. muauhhahaaa...

Friday, November 19, 2010

Aidil Adha 2010 kami...

malam sebelum raya kami masih di rumah.. belum pun buat keputusan nak balik ke tak..
dah pukul 8 lebih tu, ishh..jum laa balik..dan terus laki bini begotong-royong packing barang on the spot..
betolak kuar TPJ pukul 10.00 malam, siap pegi dinner  supper kat kedai mamak.. 
masuk lebuhraya dalam kul 11 lebih dah.. memula pjalanan baikk jaa tekan minyak dengan harapan cepat sampai leh rehat sblm pagi raya..
sekaliii.. elok kat Behrang dah start jammed.. bukan sesikit jem nya..langsung tak begerak.. dari Behrang ke Slim River jemmnyaa... dalam keta siap tukar driver. sebab driver utama tak dapat menahan "pundi kencing".. 
tak leh nak benti tepi2 jalan dah.. 3-3 lane kereta tak begerak langsung.. kami tukar driver dengan tak payah kuar keta.. (nasib dedua kecik..sorang duk blakang, transit sebelah.. pastu aku ke tempat driver..) teruskan pejalanan.. sampai pot agak2 boleh melepaskan "hajat" - ni pun ada cerita lucu kami, tapi biarlah rahsia daddy kan.. botol dah buang dah? heheeee
 jem tu  rupanya ada kemalangan di KM 377.6 kat slimm river - Lori, treler dan sebiji kereta; 4 meninggal - berita lanjut sini.. 3 jam lebih kami duk dalam jem. sampai SP dah pukul 6.15am..punya la mengantuk dan letihnyaa...

esoknya berhari raya dengan sangat  mengantuk.. langsung tak amik gambar sekeping pun..
makan je tak tinggal.. bihun sup berpinggan-pinggan, laksa pun bertambah.. :P
lepas pegi ziarah kubur, kami balik ke Sg Layaq plak.. lepak2 sana.. Aira nak mandi..sekalii.. beg baju tetinggal daa... barang2 dr Tmn Keladi ke Tmn Orkid satu beg tetingal !!... maka, tepaksa la balik dr Tmn Orkid ke Tmn Keladi dengan aira ber-towel saja..huhuuu.. sungguh laa kelaakar tgk dia bekemban dalam keter. nasib la umah bleh tahan la dekatnyaa... :P

satu-satunya gambar di hari raya haji , aira berbaju towel.. =)
kenangan nih.. mana ada orang pakai baju "fesyen" ni kan  baby... :P

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha dan selamat berkorban

source: encik google...

selamat hari raya semuaa.... =) selamat menjalani ibadah korban..

Saturday, November 13, 2010

baby & toys contest..


Puan Kinna telah tag saya untuk contest ni..sementara Aira masih belum 3 thn..ye la kan, nnt dah besar dah tak leh join baby contest dah..kena la cari contest seusia dia.. atau kena la produce baby baru..huhuuu ..:P


Aira Irdina Adzmi Idham 
7 May 2008

simple jek gambar nya.. Aira suka hati bleh buat bangunan tinggi... =) 
tag kawan2 lain ialah :
 alya : suka baca cita pasai nia n adel

tiara : lama x apdet cita ayra..bagi la can ayra glemer plak..

ena: pun dah lama x apdet pasal adam.. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails