Wednesday, August 25, 2010

dah nak merdeka tapi kenapa tak terasa kehangatannya?

kenapa yek thn ni rasa macam sunyik je.. padahal lagi seminggu jek pun nak merdeka..
ingat lagi masa zaman TDM sambut merdeka, boleh dikatakan semua kenderaan ada bendera Malaysia.. skang kalau dekat parking opis aku tu.. beratus-ratus kereta, tetiba nampak sebijik je kereta yang ada bendera Malaysia berkibar-kibar kat atas bumbung keta.. keta aku ler tuu.. 

ntah la..aku pun pelik.. thn ni suram jek rasa.. ntah kalau orang tanya tema kemerdekaan tahun ni pun tak tau ape kan?! bukan setakat tema... thn keberapa Merdeka pun mungkin ada yang tak tahu...
korang tak tau?!! ni aku nak bagi tau..tahun ni Malaysia dah 53 tahun merdeka..dan tema adalah "1 Malaysia Menjana Transformasi".. 


.
che bu yang bersemangat patriotik!
 
che hi lagi patriotik.. dr 1 august dh tepacak bendera dah....


Aira  yang paling patriotik!!!
dalam umah dah ada 3 bendera malaysia.. pantang iklan 1malaysia jek dia akan amik bendera dan kibar2 bendera.. siap cakap "tatuuu syia" ni la anak zaman tuk najib.. :P


okeh..sekian laporan kenegaraan dari saya..  =P
sattuuuu malaysiaaa!!!!!

7 comments:

mekchu said...

kemain semangat aira.. mmg pun.. tak rasa hangat pon.. thn lepas pun puasa jugak kan.. tp kira ok la jugak..

mzrh said...

I tak letak kat kereta, tapi I kibarkan kat depan rumah.. hehe..
eh, bukan I, tapi abah I.

Diyana Zulkifli said...

puasa sama kot kak ina.tu smngat kurang nk sambut hr kbangsaan.tapi btul la jugak zaman dr mahathir,semangatnye lain sikit...huhu.masa tu,org tinggi kprcyaan pd kpimpinan negara..sekarang?hmm.ntahla.no komen

Saya Anak Malaysia said...

...jgn jadikan puasa satu alasan utk membuat sesuatu yang sepatut kita lakukan, Malaysia terbaik, satu malaysia, bersama kita jayakannya...

kinna said...

sy pon letak bendera kt myvi (insaf slps tgk laporan dlm buletin utama):)
tp mmg terasa, kurang smngt berbanding thn2 lalu..

alyyani said...

wah, betul2 semangat satu malaysia ni. 1 family ber bendera. kitorg ni takdepun, sungguh hampeh! huhuhu..

lily lotus said...

teringat mak ly citer..asal aira nampak iklan satu mesia tu dia excited habis jerit 'tatu' 'tatu'..hihi..pastu nampak plak bendera besar terpacak kat tiang depan rumah..lagi excited dia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails