Sunday, April 25, 2010

kisah Aira: episod1-taska

sebagai kenangan saya dan aira di masa hadapan... 
saya tau, aira sekarang sangat cengeng, sbb dia x dak kawan.. apa dia nak suma orang kena ikut, manja ya rabbi... kekadang saja ja dia buat2 nangis... nak susu yang hanya sejengkal dari tangan dia pun dia mengada2 suh orang tolong amikkan.. sya tak mau spoil anak sebegitu sekali. biarlah dia independent sikit.. dia masih boleh dibentuk. sebab tu saya selalu pegi umah kakak2 saya di sepang or bangi untuk bagi dia berkawan2.. atleast bila dia ada ramai sepupu-pupu, dia akan independent.. xde la asyik nak "mammmaa..mammaa" ..  bulan depan dah nak start anta aira kat umah nenek ipah.. harap2 aira dapat menyesuaikan diri dengan abang2 .. atleast dia ada kawan dia akan lebih independent dan berani..

kalau nak ada kawan , kenapa x anta ke taska? taska kan ramai kawan..
yaa.. taska memang ramai kawan.. sebabkan aira penah kena digigit semasa di taska.. saya seakan-akan fobia untuk antar dia ke taska lagi.. tunggulah atleast dia dah 3 thn.- 4thn. masa tu sya lebih berani untuk tinggal aira di taska.. ye la. dia dah tentu pandai protect diri sendri dan dah pandai cakap..xde apa yang perlu sya risau..antibodi pun  dah kuat sikit..

imbas kembali waktu aira di taska.. aira dihantar ke taska sejak umur dia 2 bulan lebih.(habis pantang).. saya anta aira ke taska @n&&R  un&U,masa ni dia baby yang sangat senang dijga.. x banyak kerenah,.. minum susu.ngantuk ..tdo..  memang senang nak jaga aira.. tengok badan dia masa tu Alhamdulillah sehat dan beketul2 body dia. masalah dengan taska ni adalah selalu bertukar pekerja.
sebulan sekali mesti bertukar ganti..

photo:kiri: July 08 - masa ni baru 2 bulan lebih / kanan: aug 08

masa aira 2-3 bulan: aira dibawah jagaan Ikin(pembantu taska).. sangat sayang Aira.. sebab masa tu aira senang jaga dan comel putih gebu.. (kan orang suka n sayang bebudak yang comel).. tpi ikin ni tak lama di taska tu, sbb ada masalah dengan pengetuanya.(saya siap sms tanya dia kenapa nak benti since aira dan dia rapat) sya pun tak susah hati tinggalkan aira.. tapi dia cakap tak tahan dengan umi ..semua yang dia buat semua umi kata salah dan tak betul. end up dia benti.


aira 4 bulan
aira 6 bulan...
masa aira 4-6 bulan, ada seorang indon plak -nama atie.. indon ni pun ok la. setiap kali saya amik dan hantar aira dia akan update saya , aira macam mana, mandi je nangis.. (memang la nangis.. sbab derang mandikan dengan air sejuk! lepas tu saya mandikan setiap pagi sebelum anta) pastu atie ni pun benti gak sbb dia cakap tak larat.. sorang pembantu taska jaga 10 orang baby. sedangkan dalam agreement 1 org pembantu jaga  5 orang baby saja,(pada saya still ramai 1:5) masa ni aira dah start batuk2..dan demam.. setiap minggu atau selang seminggu mesti batuk..tak batuk.. demam.. x demam...selsema..

  Aira 7 bulan


masa 7-12bulan, sorang lagi pembantu yang jaga aira..intan, intan pun sayang aira sangat.. intan ni plak baru 20tahun..muda sangat lagi..masa memula dia jaga aira,saya memang was-was, bolehke budak besar ni nak mengasuh anak?! tapi intan pandai jaga budak.. aira pun setiap kali nak anta ke taska, bila nampak  intan datang nak amik dia je. terus dia seronok.. sua dan depangkan tangan untuk didukung.. masa ni sya harap intan dapat keja lama ka dengan umi ni.. rupenya saya silap, intan pegi cari keja lain yang lebih selesa.. yelaa budak muda mana nak keje jaga baby sampai 5-6 orang skali.. masa intan nak benti saya siap offer intan ajak datang aira balik hari.. tapi intan cakap dia nak keje Jusco.. hurmm ape bleh buat. masa ni aira still 2-3 minggu sekali akan selsema dan batuk.. dah duduk taska, macam tu la kesihatan anak2 kta...




Aira - 12 bulan



















aira masih lagi di taska yang sama, dari 2 bulan ke 12 bulan.. ok, sekolah yang sama, tapi pembantu taska besilih ganti!! budak baru serasi dengan pengasuh dah kena tukar..baru dapat manja dengan pengasuh dah kena jumpa orang lain.. jadi susah untuk dia sesuaikan diri!. tak lupa, di taska ni, anak lelaki pengetua yang baru 20+ pun selalu bantu pengasuh2 taska.. tapi budak tu sangat garang!. saya penah dengar dia tengking budak2 yang bawah 1 tahun ni.. masa tu saya nak amik aira, tekejut saya.. patut la aira takut dengan lelaki yang berkulit gelap.. (budak tu aggak gelap..) , sampai sekarang aira takut dengan lelaki yang kulit gelap..

saya nak tukar taska masa ni aira dah 1 tahun lebih, dalam mood mencari  taska baru, aira dimasukkan ke hospital SJMC... sebab batuk berkahak..terlalu lama batuk .. bila batuk, baik sekejap..batuk balik.. kahak dan lendir terlalu banyak..smpai doctor cakap mungkin aira dpt athman (sbb x hygiene.. persekitaran kotor) 5 hari 4 maalam aira di hospital. sya sampai ambil unpaid leave untuk tunggu di hospital. keluar dari hospital terus saya bagitau umi, saya tak hantar aira ke taska lagi.. sudah laaa masa aira di hospital, datang ziarah pun x.. bukanlah saya suruh dia melawat ke apa.. atleast sms tanya khabar..


bersambung....

13 comments:

Diyana Zulkifli said...

kejap je kan anak2 membesar..walaupun depan mata,mcm tak prasan je masa berlalu dgn cepat.alih2 tengok2 tangan dah sampai nak capai sinki..hehe.

liza said...

seronok tgk gambar aira dari kecik sampai besar..comel jer..btw,pasal taska tu..tak sabar tunggu sambungan..

eiNa said...

donat:tu la..dah pandai bukak suar sndiri.. mandi x mau sudah.. nak gosok gigi sendiri.. mcm2 akai ada..

liza: kecik2 muka dia lain kan bila dh besar ni jadi lain.. ok, tunggu sambungannya.. :)

MeL MikaiL said...

beshnya baca story aira kat taska. mcm2 hal rupanya bila anak dok taska ni..

Aku Bukan Bidadari said...

Bab anak ni..mmg dilema.. kan!

Elyn said...

tak sangka kan masa berlalu laju!!

LynnLyana said...

kak eina!!! aira sungguh debabssss..monthellllllll..pipi mcm kene enjet botox mase kecik...eiiiiiiiii!! geyammmnyee!!!kejapp je si aira dh becaa..skng ni dh jd anak dara lawaaaaaaaaaaaaaaa laa diieeeeeeeee...

p/s: aira dh ade boipren ke blum?hikikhikhikhik

churalliya said...

tembam aira masa kecik2.. tak sabar nak tggu smbungan.. nak tgk gmbr penjaga aira seblm masuk taska.. hehe

lily lotus said...

comel dan gebu aira masa kecik2..skrg pun still membesar bagai johan..hehe..mcm dah 3 tahun

eiNa said...

mel; untung u jaga anak sndiri tau..jeles i!! :P

tiara: memang slalu dalam dilema kalau bab anak2 ni..

lynn: husna lagi debab!!! x sabr nak jumpa husna dn picit pipi dia sampai lebam!!hahaha bleh x?

sue: gambar penjaga aira selepas taska la sue.. lepas tu eina baru jmpa dgn "dia" ..

lily: membesar dgn susu tentulah besar bagai johan..yeahhh..

Anje a.k.a Mama_Aqish said...

hu..hu..kiter pun sama la...macam sama je citer kiter ni...sampai masud wad...biler dikenangkan sedeykan...macam2 kisah...tapi now aqish pun dah tukar pengasuh no more taska sebab doktor suggest hantar kat orang yang leh bagi tumpuan lebih kat aqish...bukan sebab ngada2 tapi since aqish G6PD & Asthma so kena lebih perhatian & persekitaran harus bersih...hye...hanya kiter sebagai ibu je dapat rasa suka duka anak kiter tu...linangan air mata usah dikira la...tol tak...kiter paham perasaan iena...so now aira dok mana ek???still dgn taska tu k???

iem said...

kejap je masa berlalu..dah besar aira

churalliya said...

owh.. tersalah pulak.. laju sgt menaip.. hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails