Friday, April 30, 2010

last working day!

last working day bukan untuk saya... tapi untuk bibik a.k.a nenek jaga aira.. pagi tadi saya borak ngan die bebaik la nih sambil mimum air.. sya tanya dia.."acik jadi balik dumai la ni.. bulan 6 ke bulan 8?" dia jawap " tak jadi balik terus!!.. tak ndak balik sekarang..nak kumpul duit lagi.. kalau acik balik anak acik amik duit acik nanti".. baik acik keja je sini terus.  

pulak dah orang tua ni.. kalau tak,.. nak balik sangat2 dah.. tapi aku diamkan je la, sebab kalau dia x mau balik pun bukan masalah aku dah, sebab lepas ni memang aku x nak dah dia.. bukan tak mengenang budi or jasa.. sungguh aku berterima kasih atas jasa dia jaga Aira.. tapi aku rasa dah sangat penat dengan kerenah dia .. dia nak suruh kita hormat dia..memang kita hormat dia sebab dia tua, sama baya mak aku ja.. tapi kalau dia cakap ngan kita tengking2.. sambil cekak pinggang . apakah?! dan dia bleh cita kat aku, kat umah majikan lama dia dulu..(yang mana satu aku tak tanya plak, dia dah keja di malaysia ni 20 tahun dah, asyik bertukar majikan jek) yang dia penah pecahkan  pinggan sebab marah kat majikan dia. dengan aku so far tak de la sampai pecahkan pinggan, sebab umah aku x banyak pinggan pun!. tapi dengan aku kalau dia buat keja..sampai atas bleh dengar.. hempas barang tu.. hempas barang ni... prongg prangg... tunjuk protes apa tak tau la kan... sebab tu aku dah nekad, xpe la.. aira pun dah besar, selagi aira x berkawan-kawan selagi tu dia manja, cengeng nak mampus.. huhh.. sket2 nak bunyik...harap2 lepas ni dia dah pandai berdikari.. :) anak mama kan dah besar.. dah big gurl.. dah pandai.. hurm.

what ever it is.. time kasih pada cik bibik..

7 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

org mcm ni tak buleh bagi muka sangat.

mummy_adam said...

samalah, esok pagi2 nak kena antar cik bibik ke airport dah..huhu.. mari kita mulakan hidup baru ;)

lily lotus said...

takutnya dgr. siap tengking cekak2 pinggang..hempas2 brg wat kerja..aduhai..tapi dia memang kasar sikit ekk..pernah gak nampak dia tarik2 rentap aira suh pakai kasut nak balik..bila mak ly tgk dia serba salah..aira diam jer..tahulah budak tu tak panda ngadukan..tapi syukurlah jadi gak dia quit..

Elyn said...

tadi i baca kat ena nye blog pasal bibik... u pun nk anta bibik gak... heheh

eiNa said...

elis: tu la kan.. alhamdulillah dah selesai..

ena:yep..mari kita mulakan hidup baru yer.. :)

lily: alhamdulilllah... lega dah anta dia balik malam ni.. ingatkan xde pinggan pecah. rupanya husband ina jumpa serpihan kca dalam bilik air, tengok2 ada pinggan x cukup sebijikkkk!!
tak tau la dia sengajakan nak pecah or ape sebab baru saja tu... kemarin ada lagi .. haihh laa.. dah nak blah pun nak tinggal kesan x elok jugak..

good luck la pada sapa majikan dia yang seterusnya ni nanti... ish3...

elyn: dah surrender dah..

churalliya said...

finally.... dialog bibik tu kitowang dah dgr byk kali dah.. kat mesia ni kemain ramai sedara mara.. x de maknanya nak blk indon.. gertak je tu soh naik kan gaji.. it's time for aira utk berdikari.. we all plan nak hantar najmi taska jugak la..

Salina Inzaghi said...

hurmm...hati2lah sket yer dh lepaskan dia tu..sbb nmpak sgt dia tak puas ati...kita takmo la kot ada dia guna mende tak elok ke apa kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails